Nur Ramadan Putrajaya Imarahkan Kedatangan Bulan Mulia
PUTRAJAYA – Dalam usaha kerajaan untuk terus mendekati dan membantu rakyat khususnya kumpulan yang serba kekura¬ngan menjelangnya bulan Ramadan, UMNO Bahagian Putrajaya telah mengambil inisiatif menyerahkan sumbangan kepada 52 surau sekitar Putrajaya serta Taklimat Bantuan Asnaf Putrajaya melalui program Nur Ramadan.
Dalam majlis ini, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya telah menyampaikan sumbangan terbabit.
Majlis ini disifatkan sebagai tepat pada masanya memandangkan bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah isteri beliau, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki yang sama-sama meraikan tetamu.
You must be logged in to post a comment.