Akrabkan Perpaduan Dengan Ikatan Kekeluargaan
PUTRAJAYA – Uniknya UMNO Bahagian Putrajaya yang akan mengadakan sambutan Hari Lahir beramai-ramai dengan majlsi disempurnakan oleh ketua bahagiannya selaku Ahli Parlimen tempatan dan juga Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Selaras dengan itu, pada 1 Jun 2016, Rabu, telah diadakan Majlis Sambutan Hari Lahir Presint 8, Putrajaya yang bertempat di Dewan Sri Wilayah, Kementerian Wilayah Persekutuan.
“Saya berharap dengan adanya sambutan hari lahir ini maka kita akan lebih saling mengenali dan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dalam konteks kekeluargaan yang besar,” katanya.
Jelas beliau, apabila adanya hubungan yang akrab maka tentunya banyak hal-hal dalam masyarakat akan dapat diselesaikan dengan mudah berikutan permuafakatan yang ada.
You must be logged in to post a comment.