Salam Ramadan Warga Putrajaya
PUTRAJAYA – Pemimpin tempatan selaku Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya dan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan selamat berpuasa kepada masyarakat Putrajaya yqbg beragama Islam.
Beliau menyeru semua warga Islam di Putrajaya agar menjadikan bulan Ramadan sebagai waktu bermanfaat untuk meningkatkan ibadah.
“Inilah masa terbaik untuk kita beribadah dan mengabdikan diri kita kepada-Nya dengan sebaik-baiknya,” katanya.