Berita

Imarahkan Ibadah Bersama-sama Dalam Nur Ramadan Putrajaya

PUTRAJAYA – Warga tempatan dan para pengunjung Putrajaya dijemput untuk bersama-sama mengimarahkan Ramadah dengan berbuka puasa beramai-ramai dalam program Nur Ramadan menyediakan juadah berbuka puasa secara percuma untuk semua yang berkunjung ke Medan Selera Presint 8, di sini.

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, program itu adalah sebagai salah satu pendekatan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara warga Putrajaya di samping menyemarakkan amalan bersedekah di bulan mulia.

“Seperti tahun lepas kita siapkan juadah berbuka puasa untuk musafir dan fakir dalam bulan Ramadan ini.

“Kita juga akan menjemput para pengunjung dan orang ramai di sini untuk berbuka puasa beramai-ramai dalam konsep satu keluarga yang besar sepanjang Ramadan ini,” katanya.

Majlis berbuka puasa anjuran UMNO Bahagian Putrajaya ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan pengunjung juga disediakan ruang untuk bersolat di tempat terbabit.

Tengku Adnan yang juga merupakan Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Setiausaha Agung UMNO berkata, program ini merupakan pendekatan terbaik untuk berjumpa dengan pemimpin dan melaluinya rakyat boleh memberitahu mengenai keperluan mereka.

“Pada masa sama, kita akan mendapat maklum balas daripada rakyat dan ruang terbaik untuk bersama-sama sepanjang Ramadan” katanya.

13316989_1039393399429275_607013461598375796_o

13350300_1039405106094771_868292101266466868_o

13391577_1039436322758316_7729075848877412253_o

13411809_1039402729428342_4062180222719194488_o

13411878_1039403369428278_4059096233244134941_o