Bubur Lambuk Eratkan Silaturrahim Di Bulan Ramadan
Program memasak bubur lambuk yang dilaksanakan secara bergotong-royong membuktikan eratnya ikatan silaturrahim bagi masyarakat Putrajaya khususnya untuk mengimarahkan Ramadan.
Program yang berlangsung di Surau Al-Aziz PR1MA Presint 11ini dianjurkan oleh Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya bersama dengan Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan dengan di sempurnakan oleh isteri Menteri Wilayah Persekutuan, Datin Seri Anggraini Sentiyaki.
Menurut Pengerusi Biro terbabit, Puan Husna Abdul Rahaman, apabila siap dimasak bubur lambuk berkenaan akan diedarkan kepada petugas-petugas anggota badan beruniform di sekitar Putrajaya.
You must be logged in to post a comment.