Berita

Kerajaan Akan Terus Bantu Rakyat Walaupun Dihina

PUTRAJAYA – Kerajaan akan terus menghulurkan bantuan kepada rakyat sebagai satu tanggungjawab walaupun dihina dan ditohmah sebagai ‘memberi dedak’ kepada rakyat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata dakwaan pihak tertentu itu adalah satu penghinaan kepada rakyat sedangkan kerajaan mengutamakan kemaslahatan rakyat itu merupakan satu tuntutan agama yang perlu dipenuhi.

“Beri bantuan pada rakyat adalah tanggungjawab…sebab itu saya dan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak kisah apa yang orang hendak cakap kerana yakin akhirnya rakyat tahu apa yang dibuat adalah untuk kemaslahatan mereka.

“Alhamdulillah di Malaysia ini kita dapat mara ke hadapan kerana rakyat memilih kerajaan yang mengutamakan kemaslahatan, kebajikan dan kepentingan rakyat,” katanya semasa berucap pada Program Nur Ramadan Wilayah Persekutuan bersama di Masjid Putra di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md Ikshan dan Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Seri Hasim Ismail.

Program Nur Ramadan merupakan acara tahunan yang dianjurkan Kementerian Wilayah Persekutuan sejak 2009 bertujuan mengeratkan silaturrahim antara kerajaan dengan komuniti setempat membabitkan 13 kawasan Parlimen iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Pada majlis itu, Perdana menteri turut menyaksikan penyerahan sumbangan RM10,000 kepada Masjid Putra oleh Yayasan Wilayah Persekutuan bagi tujuan menaiktaraf kemudahan dan program pembangunan ummah.

13494827_1049570205078261_6984410276163753166_n

13508920_1049570115078270_653798012293199656_n

13510911_1049571781744770_4378439343991455165_n

13516223_1049570268411588_8805400945961899591_n

13532946_1049570395078242_1608015252632313487_n