UMNO Raikan Anak-anak Putrajaya Dalam Sumbangan Aidilfitri
PUTRAJAYA – Seramai 150 orang anak-anak warga Putrajaya yang kurang berkemampuan menerima sumbangan pakaian sempena Aidilfitri yang bakal diraikan tidak lama lagi.
Isteri Menteri Wilayah Persekutuan, Datin Seri Anggraini Sentiyaki telah menyampaikan sumbangan bagi Program Jom shopping raya anjuran Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya yang bertempat di Parkson Alamanda, Putrajaya.
Setiap kanak-kanak diberikan peruntukan sebanyak RM150 bagi membolehkan mereka memilih pakaian dan keperluan mengikut citarasa mereka sendiri.
Semoga sumbangan yang diberikan akan mampu meringankan beban yang ditanggung oleh mereka yang kurang berkemampuan.
You must be logged in to post a comment.