Program Kembara Sahur Kongsi Rezeki Di Bulan Ramadan
PUTRAJAYA – Program Kembara Sahur anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan memanfaatkan bulan Ramadan bagi bersama-sama berkongsi rezeki dan menyelemapi permasalahan golongan yang kurang bernasib baik.
Program tersebut telah dijayakan bersama oleh isteri Menteri Wilayah Persekutuan, Datin Seri Anggraini Sentiyaki.
Melalui Program Kembara Sahur ini, sebanyak lima buah rumah anak-anak yatim dan warga emas sekitar Wilayah Persekutuan yang membabitkan seramai 150 orang telah menerima sumbangan.
Semoga sumbangan yang dihulurkan menerusi program ini akan membantu meringankan bebanan yang ditanggung.
You must be logged in to post a comment.