Anggota Keselamatan dan Petugas Kesihatan Dihargai Dalam Kembara Sahur
PUTRAJAYA – Program Kembara Sahur yang diketuai oleh isteri YB Menteri Wilayah Persekutuan, YBhg. Datin Seri Utama Datuk Anggraini Sentiyaki meneruskan usaha turun padang dengan berkunjung ke tempat orang awam khususnya hospital. Menerusi program ini, bukan hanya orang awam yang dihargai tetapi juga para petugas di hospital selain anggota keselamatan yang turut menunaikan tanggungjawab dalam memastikan kesejahteraan rakyat terjamin turut diambil berat.
Dalam program yang berlangsung pada 30 Jun, 2016 (Khamis), sebanyak 300 beg yang mengandungi kuih-muih, air mineral, nasi ayam dan serunding daging sebagai juadah bersahur telah diedarkan. Semoga sumbangan yang diberikan akan dapat memudahkan tugasan mereka dan menikmati juadah dengan selesa.
You must be logged in to post a comment.