Berita

Hargai Anggota Keselamatan, Kesejahteraan Jadi Keutamaan

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melahirkan penghargaan kepada anggota keselamatan yang sentiasa berusaha memastikan kesejahteraan rakyat termasuklah pada musim perayaan termasuk Aidilfitri nanti.

Katanya, sumbangan para petugas keselamatan amat besar khususnya dalam menjaga keamanan dan memastikan rakyat hidup tanpa rasa gelisah.

“Terima kasih anggota keselamatan yang bertugas tanpa mengira masa termasuklah semasa Aidilfitri nanti,” katanya yang berucap dalam majlis Berbuka Puasa di IPD Putrajaya pada 1 Julai 2016.

“Kita memasuki fasa terakhir Ramadan dan semoga kita akan sama-sama pertingkatkan amal kita kepada-Nya.

“Pada yang akan pulang ke kampung sila pastikan rumah berkunci, semua suis dimatikan, plug dicabut dan gas pun ditanggalkan.

“Utamakan keselamatan. Beritahu pada jiran yang tidak pulang ke kampung atau maklumkan pada anggota polis bertugas. Untuk yang memandu berhati-hatilah di jalan raya. Tak perlu gopoh atau berkejar dijalan raya tapi berhemah untuk keselamatan semua.”

Beliau turut mengucapkan selamat bercuti kepada para penjawat awam dan warga Putrajaya.

“Kepada yang bertugas selamat melaksanakan tanggungjawab,” katanya yang turut menyampaikan sumbangan kepada anggota keselamatan.

IMG-20160701-WA0043

IMG-20160701-WA0044

IMG-20160701-WA0054

IMG-20160701-WA0039

IMG-20160701-WA0038