Berita

Salam Aidilfitri Untuk Warga Putrajaya, Eratkan Silaturrahim

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua warga Putrajaya.

“Saya bersama isteri dan ahli keluarga saya mengambil kesempatan sempena kedatangan Syawal ini untuk mengucapkan Salam Aidilfitri kepada keluarga besar saya iaitu penduduk di Putrajaya,” katanya.

Beliau berharap agar para penduduk tempatan dapat meneeguhkan tekad dan mempereratkan tali silaturrahim dalam masyarakat.

“Marilah kita ketepikan segala perselisihan, buang semua pertelingkahan dan tolak apa-apa juga permusuhan dengan menggantikan keikhlasan hati, ketulusan budi dan kejernihan jiwa untuk saling bermaaf-maafan, kasih mengasihi dan saling kunjung mengunjungi sempena Aidilfitri.”

Dalam masa yang sama beliau turut berpesan agar para penduduk yang bakal pulang kampung untuk mengutamakan keselamatan sama ada dalam pemanduan dan memastikan tempat kediaman berkunci.