Berita

Putrajaya Community Ride 2016 Berlangsung Meriah

PUTRAJAYA – Putrajaya Community Ride 2016 berlangsung meriah dengan acara pelepasan membabitkan seramai 657 peserta telah dilakukan oleh Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Acara yang diadakan dihadapan Kompleks Kejiranan Presint 9 pada 13 Ogos 2016 ini telah mengumpulkan peserta dari pelbagai peringkat usia dan lapisan masyarakat yang bersama-sama bersemangat mengaspirasikan perpaduan.

Turut hadir, isteri Menteri Wilayah Persekutuan, Datin Seri Anggraini Sentiyaki dan Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Seri Hashim Ismail.

IMG-20160814-WA0011

IMG-20160814-WA0013

IMG-20160814-WA0014

IMG-20160814-WA0015

IMG-20160814-WA001621