Berita

UMNO Menyusur Akar Pastikan Kesejahteraan Rakyat

PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya melalui Biro Kebajikannya terus menyusur akar bagi memastikan setiap penduduk mendapat pembelaan dan perhatian khususnya mereka yang kurang bernasib baik, ditimpa keuzuran dan tidak dapat melaksanakan tugas harian dengan sempurna.

Ini dilaksanakan menerusi lawatan Pengerusi Biro Kebajikan Umno Putrajaya Pn. Husna Rahaman bersama AJK melawat Saudara Saiful Bahari Dollah di rumahnya di Presint 11 yang baharu sahaja menjalani satu pembedahan.

Seterusnya ialah Puan Kamariah Zakaria lantaran masalah penglihatan hingga baru-baru ini menjalani pembedahan selain kunjungan kepada Puan Masitah Ribut di rumahnya di Precint 9 yang baharu sahaja menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di perutnya.

Dalam kunjungan tersebut, wakil UMNO Bahagian Putrajaya ini juga telah menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung selain memberikan sokongan moral agar mereka tabah berdepan dengan kesulitan.

14039885_1086466678055280_2717631586846049063_n

14040116_1086526721382609_521430003109717605_n

14045925_1086519028050045_5236067668583089781_n