Jaga Keharmonian, Jangan Pecahbelahkan Perpaduan – Tg Adnan
PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor minta semua pihak agar jangan memecahbelahkan keharmonian rakyat dan terpengaruh dengan tindakan provokasi pihak tertentu khususnya ketika rakyat sedang meraikan bulan kemerdekaan negara ke-59 ketika ini.
“Sememangnya ada yang ingin menjatuhkan kerajaan dan akan cuba sedaya mungkin untuk mengatakan bermacam-macam bagi menjayakan hasratnya itu… tetapi kaedah ini tidak sepatutnya berlaku. Kita sepatutnya berganding tangan bersama-sama membangunkan negara dan
bergerak ke hadapan,” katanya.
Terdahulu, Tengku Adnan merasmikan Program Kayuhan Merdeka Fun Ride 2016 dan Program Kembara Jalur Gemilang 2016 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di sini yang disertai 2,500 peserta.
You must be logged in to post a comment.