Program Gemilang Perpaduan Peringkat Putrajaya Semarakkan Kesejahteraan Rakyat
PUTRAJAYA – Program Gemilang Perpaduan peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya telah berlangsung dengan jayanya yang menyatukan pelbagai lapisan masyarakat dari latar bangsa, budaya dan agama berbeza tetapi berkumpul dalam satu keluarga besar.
Program anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan Putrajaya ini telah dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup dengan diiringi oleh YB Senator Datuk Khairudin Samad selaku, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya pada 4 Sept 2016, Ahad di Padang Awam Kompleks Kejiranan Presint 9, Putrajaya.
Program ini adalah untuk menggalakkan rakyat berbilang kaum terlibat dalam usaha memupuk perpaduan dan integrasi dikalangan masyarakat dengan fokusnya ke arah menyemarak dan memperkukuhkan semangat perpaduan dikalangan masyarakat di samping menerapkan pembudayaan serta pengamalan nilai-nilai aspirasi 1Malaysia sebagai elemen perpaduan dalam komunikasi dan interaksi masyarakat berbilang kaum.
Semoga dengan kejayaan program ini, warga Putrajaya akan dapat meneruskan kesinambungan kesejahteraan untuk masyarakat keseluruhan.
You must be logged in to post a comment.