Sehati Sejiwa PR1MA Satukan Warga Putrajaya
PUTRAJAYA – Majlis Makan Malam Sehati Sejiwa PR1MA Presint 11 yang telah diempurnakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengumpulkan warga tempatan dari pelbagai latar dan pelbagai peringkat usia.
Majlis yang berlangsung pada 7 Sept 2016 (Rabu) di Dewan PR1Ma ini telah berlangsung dengan meriah.
“Kita mahukan rakyat sama-sama menikmati kesejahteraan dan keharmonian, dapat hidup selesa dan rukun tanpa ada rasa gelisah,” katanya selepas ucapan perasmian.
Dalam hal ini beliau meminta rakyat untuk menilai apa yang dinikmati di negara ini dengan negara-negara lain yang bergolak sehinggakan mengancam keselamatan awam.
You must be logged in to post a comment.