Berita

Aplikasi Pengorbanan Untuk Keamanan Negara

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hadir bersama-sama memeriahkan Program Ibadah Korban peringkat Parlimen Putrajaya.

Menurutnya untuk penganjuran kali ke-16 ini pihaknya menyumbangkan 120 ekor lembu kepada komuniti, NGO dan surau di sekitar Putrajaya.

Tambahnya tidak kurang 300 ekor lembu dikorbankan di sekitar Putrajaya hari ini oleh pelbagai pihak.

Dalam ucapannya beliau turut menyeru agar orang ramai berkorban untuk negara kerana Malaysia ini milik kita.

Beliau meminta rakyat percaya kepada kerajaan, yang akan sentiasa berusaha memperbaiki dan memperbetulkan sebarang masalah untuk rakyat.

Turut bersama hadir dalam program tersebut ialah isteri beliau, Datin Seri Anggraini Sentiyaki.

IMG-20160912-WA0012

IMG-20160912-WA0016

IMG-20160912-WA0005

IMG-20160912-WA0008

IMG-20160912-WA0011