Serapkan Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah 1438H
PUTRAJAYA – ‘Ketua Kampung’Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru penduduk tempatan khususnya masyarakat Islam untuk menghayati tema Maal Hijrah 1438H iaitu Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah.
Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan merangkap ahli Parlimen Putrajaya berkata, asas dalam kesejahteraan bersama adalah perpaduan yang tentunya berteraskan ukhuwah sesama kita.
“Semoga dengan ketibaan tahun baru Hijrah ini kita akan dapat menyemai rasa kasih untuk terus bersatu padu,” katanya lagi.