Berita

Putrajaya Community Ride Satukan Warga Tempatan

PUTRAJAYA – Hujung minggu warga tempatan diceriakan dengan Putrajaya Community Ride yang melibatkan semua peringkat usia dan pelbagai lapisan untuk bersama-sama termasuklah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama isteri, Datin Seri Anggraini Sentiyaki.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Putrajaya dan dianggap sebagai ketua kampung penduduk setempat telah melakukan pelepasan para peserta Putrajaya Community Ride ini.

“Sambil bersukan dan dapat jaga kesihatan, kita dapat juga mengukuhkan perpaduan yang jadi kunci kesejahteraan kita selama ini,” katanya.

Lebih menarik lagi, program ini telah disertai hero Olimpik, jaguh berbasikal negara yang digelar The Pocket Rocket Man, Azizul Hasni Awang yang sempat berkongsi tips dan cara berbasikal dengan peserta sebelum berkayuh.

Tengku Adnan turut melahirkan penghargaan dan berterima kasih kepada para penduduk serta orang ramai yang menyertai program tersebut.

IMG-20161015-WA0008

IMG-20161015-WA0022

IMG-20161015-WA0036

IMG-20161015-WA0041

IMG-20161015-WA0046