Berita

Sambutan Hari Lahir Semai Semangat Muafakat Dalam Masyarakat

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan menyeru masyarakat setempat untuk terus memperkukuh perpaduan dengan bersama-sama meraikan pelbagai perayaan termasuklah sambutan hari lahir.

Katanya, setiap insan akan menghargai sesiapa sahaja yang meraikan hari kelahirannya dan program sambutan hari lahir adalah acara rutin yang tidak asing bagi mana-mana warga Putrajaya.

“Syukur, setiap kali diadakan program akan berlangsung meriah dengan suasana kekeluargaan dan muafakat yang jadi kunci keamanan. Terima kasih semua yang terus memberikan sokongan dan sepakat bersama-sama,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis sambutan hari lahir beramai-ramai bagi para penduduk di Presint 14 dan 16.

Turut bersama beliau ialah isterinya, Datin Seri Anggraini Sentiyaki.

IMG-20161019-WA0074

IMG-20161019-WA0082

IMG-20161020-WA0000

IMG-20161020-WA0012

IMG-20161020-WA0014

IMG-20161020-WA0015

IMG-20161020-WA0016

IMG-20161020-WA0017

IMG-20161020-WA0023