Rencana

Jentera Pilihan Raya Puteri Sepakat Terus Berganding Bahu

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meluangkan masa merasmikan pertandingan memasak jentera pilihan raya anjuran Puteri UMNO kawasan Putrajaya, yang antara lain bertujuan mengeratkan dan mengukuhkan kerjasama sesama anggota ke arah persediaan menghadapi pilihan raya.

Turut bersama beliau ialah isterinya, Datin Seri Anggraini Sentiyaki.

Ketua Puteri UMNO Putrajaya, Noor Aini Mustafar berkata program julung kali itu membabitkan 40 cawangan di mana setiap cawangan diwakili 10 peserta yang perlu menyediakan pelbagai menu berasaskan ikan sebagai bahan utama.

“Selain bertanding, acara ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan sesama anggota Puteri selain digunakan untuk membangkitkan semangat perjuangan di kalangan mereka,” katanya dan menambah pemenang utama bakal membawa
pulang wang tunai RM1,500.

IMG-20161022-WA0110

IMG-20161022-WA0119

IMG-20161022-WA0114

IMG-20161022-WA0123

IMG-20161022-WA0117