UMNO Terus Menyemai Budi, Menabur Bakti Untuk Sejahtera Warga Putrajaya
PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya terus menyemai budi dan menabur bakti bagi memastikan warga Putrajaya mendapat perhatian dan pembelaan dalam berdepan dengan pelbagai dugaan. Melalui Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya yang diketuai oleh Pengerusinya, Puan Husna Abd Rahaman, gerakan turun padang dengan menjejaki mereka yang kurang bernasib baik, ditimpa kemalangan, uzur dan tidak sihat hingga mengakibatkan aktiviti harian terganggu dibuat.
Dalam lawatan pada 2 Nov 2016, Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya telah berkunjung ke rumah-rumah para pesakit di di Presint 14, Presint 17, Presint 9 dan Presint 5. Selain menyampaikan sumbangan yang dikirimkan oleh Ketua Bahagian merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, mereka juga memberikan sokongan moral agar kesakitan yang dilalui diterima dengan positif serta mempunyai kekuatan untuk terus tabah berdepan dugaan.
Semoga mereka yang ditimpa musibah dan kesakitan tidak akan putusa asa sebaliknya terus berjuang agar dapat kembali sihat sejahtera.
You must be logged in to post a comment.