Berita

Manfaatkan Ruang Untuk Berkhidmat Kepada Masyarakat – Tengku Adnan

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru golongan muda untuk menggunakan kesempatan yang ada dengan turun padang berkhidmat kepada rakyat sekiranya ingin terjun ke arena politik.

Beliau yang telah bersama-sama dengan anggota MANTAP (Mahasiswa Turun Parlimen) dalam majlis makan tengahari berharap ruang yang ada dimanfaat sepenuhnya.

“Ruang yang ada ini gunakanlah sebagai kesempatan untuk turun padang mengenali kerja-kerja Ahli Parlimen.

“Untuk mana-mana mahasiswa yang mahu masuk politik kelak, tanamkanlah semangat yang benar-benar untuk membantu rakyat, berkhidmat kepada masyarakat dan bukan menggunakan politik sebagai medan untuk mencapai kepentingan peribadi.”

Jelasnya, apa-apa sahaja yang nak dilakukan perlu fikirkan kesannya, baik atau buruk.

“Yang utama fikirkan kepentingan semua, terutamanya untuk mengekalkan perpaduan dalam masyarakat kerana kita dapat hidup aman atas sebab kesatuan dalam kepelbagaian kita.

“Kita perlu ada rasa saling hormat-menghormati dan mempunyai hala tuju yang jelas untuk masa hadapan semua. Fikirkan kesejahteraan dan masa hadapan negara kita,” katanya.

Jelas beliau lagi, keadaan sekarang yang berlaku di sekeliling kita pun perlu difahami misalnya, suasana ekonomi negara terkesan daripada ekonomi dunia dan kerajaan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat.

“Mahasiswa adalah golongan yang menjadi harapan untuk mencorakkan masa hadapan, oleh itu manfaatkan semua ruang dan peluang untuk meneruskan kemajuan dengan memperkukuh kesejahteraan.”

IMG-20161111-WA0042

IMG-20161111-WA0044

IMG-20161111-WA0051

IMG-20161111-WA0057

IMG-20161111-WA0060

IMG-20161111-WA0061

IMG-20161111-WA0063

IMG-20161111-WA0064

IMG-20161111-WA0076