Berita

Pemimpin Hargai Sokongan Penduduk Bersama Perkukuh Perpaduan

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menghargai sokongan para penduduk setempat yang menjadikan Majlis Sambutan Hari Lahir Beramai-ramai sebagai alternatif terbaik bagi memperkukuh perpaduan dan ikatan dalam masyarakat.

“Saya berterima kasih kepada warga Putrajaya yang terus berikan sokongan untuk kita sama-sama meraikan sambutan hari lahir beramai-ramai. Acara ini sudah menjadi trademark kepada kawasan Parlimen Putrajaya dan tentunya memberikan pulangan yang sangat baik kepada perpaduan kita,” katanya.

Jelas beliau, warga Putrajaya ibarat satu keluarga besar yang meraikan hari lahir dengan penuh muafakat dan bersatu hati.

Beliau berkata demikian selepas meraikan para penduduk sempana sambutan hari lahir beramai-ramai untuk Presint 10, 15 dan 17.

“Teruskanlah semangat perpaduan untuk kesatuan dalam kepelbagaian,” katanya yang turut disertai isteri beliau Datin Seri Anggraini Sentiyaki.

IMG-20161116-WA0120

IMG-20161116-WA0124

IMG-20161116-WA0126

IMG-20161116-WA0129

IMG-20161116-WA0140

IMG-20161116-WA0141

IMG-20161116-WA0142

IMG-20161116-WA0143

IMG-20161116-WA0149

IMG-20161116-WA0150