Berita

Program Sunathon Perdana Putrajaya Libatkan 1,250 Peserta

PUTRAJAYA – Masyarakat perlu mengambil tahu dan menghayati ilmu kesihatan agar sebarang penyakit boleh dicegah di peringkat awal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Sunathon Perdana di Masjid Putra, di sini hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut hadir pada majlis anjuran bersama Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (PERDIM) dan Kementerian Wilayah Persekutuan melibatkan 1,250 peserta dalam kalangan anak yatim, asnaf dan keluarga kurang kemampuan.

Mengenai program Sunathon Perdana, Najib berkata ia satu pendekatan terbaik apabila pihak swasta seperti PERDIM tampil memberikan khidmat secara percuma dalam membantu golongan yang memerlukan.

“Kerjasama tersebut menyaksikan pihak PERDIM menampilkan kaedah bersunat terkini dengan cara ‘clamp dan laser’, berbanding cara konvensional menggunakan “tok mudim”, sekali gus mengurangkan rasa takut atau sakit kepada kanak-kanak yang melaluinya.

“Saya anggap usaha kerajaan dan doktor Islam ini adalah satu lagi kaedah yang sangat baik kerana memberikan khidmat kesihatan yang tidak mampu ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan,” katanya.

Najib juga menzahirkan kekaguman beliau dengan program itu kerana selain nama sunathon, bilangan peserta melebihi 1,000 orang juga adalah luar biasa dan layak dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

“Saya sudah biasa merasmikan jogathon, walkathon dan pelbagai acara seumpama ini, namun program sunathon ini saya anggap lebih menarik dan boleh jadi sejarah baharu yang layak disenarai dalam MBOR,” katanya.

IMG-20161126-WA0009

IMG-20161126-WA0010

IMG-20161126-WA0011

IMG-20161126-WA0019

IMG-20161126-WA0024

IMG-20161126-WA0028

IMG-20161126-WA0031

IMG-20161126-WA0032

IMG-20161126-WA0036

IMG-20161126-WA0038