Berita

Perhimpunan Agung UMNO 2016 Lancar, Terima Kasih Semua – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan melahirkan penghargaan kepada semua para perwakilan dan ahli-ahli UMNO termasuklah kakitangan Ibu Pejabat UMNO yang telah bertungkus-lumus sehinggakan Perhimpunan Agung UMNO 2016 dapat berjalan dengan lancar.

Katanya, kesempurnaan perjalanan Perhimpunan Agung UMNO ini adalah hasil daripada sokongan semua pihak iaitu dari barisan kepimpinan tertinggi parti hinggalah kepada ahli-ahli di akar umbi.

“Saya berterima kasih pada semua pihak yang memastikan parti kita dapat laksanakan persidangan dan alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar,” katanya.

Beliau juga menyeru para perwakilan yang hadir agar dapat menyampaikan amanat dan inti pati perbahasan sepanjang persidangan kepada ahli-ahli UMNO di akar umbi agar perjuangannya terus dapat dihayati bersama-sama.

“Manfaatkanlah ilmu, pesanan dan intipati perbahasan serta ucapan dari Presiden untuk kita sama-sama aplikasikannya di peringkat bahagian dan cawangan,” katanya lagi.