Berita

Kerajaan Sentiasa Usaha Beri Bantuan Dalam Pelbagai Cara

PUTRAJAYA – Kerajaan sentiasa berusaha untuk membantu rakyat khususnya dalam memastikan mereka dapat pembelaan dan keselesaan dengan pelbagai bantuan bagi meringankan beban kehidupan.

Selaras dengan itu, bantuan diberikan kepada mereka yang berkelayakan dan mempunyai kemahiran dalam seni jahitan melalui Majlis Penyerahan Set Mesin Jahit Kepada Komuniti Penduduk Parlimen Putrajaya 2016.

Penyerahan tersebut telah di sempurnakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berharap bantuan yang diberi akan memberi manfaat dan dapat memajukan diri.

IMG-20161211-WA0001

IMG-20161211-WA0003