Berita

Selamat Hari Natal Untuk Penganut Kristian, Selamat Bercuti Untuk Semua

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada para penganut Kristian serta selamat bercuti kepada seluruh warga Malaysia.

Katanya, sebagai masyarakat pelbagai kaum yang hidup rukun dan saling menghormati, apa-apa perayaan akan diraikan bersama-sama.

“Sambutan Krismas atau apa sahaja perayaan akan disambut bersama-sama kerana kita adalah masyarakat yang hidup berteraskan kesatuan dalam kepelbagaian.

“Cuti Hari Krismas ini juga digunakan sebagai ruang bersama-sama keluarga di penghujung tahun 2016.”

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan ‘ketua kampung’ berpesan kepada orang ramai agar mengaplikasikan percutian dalam ruang yang bermanfaat selain mengutamakan keselamatan dalam segala aspek.

“Kepada yang bercuti, pastikan tempat kediaman berkunci dan memaklumkan kepada jiran tetangga atau pihak berkuasa yang bertugas di samping berhati-hati dalam pemanduan,” katanya lagi.