Berita

Semarakkan BN, Pastikan Jentera Mantap bersama Sokongan Rakyat

PUTRAJAYA – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak jentera BN untuk bekerja keras bagi memastikan sokongan rakyat tetap teguh kepada parti ini.

“Sekarang masa kita bekerja, teruskanlah gerak kerja mantap disemua peringkat bagi pastikan BN terus menerajui pentadbiran dan membawa pembangunan serta kemajuan kepada semua,” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Perjumpaan Ketua-ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) pada Rabu, 4 Januari 2017.

Katanya, anggota BN perlu seiring dengan keghendak rakyat, turun padang damn selami permasalahan mereka lantas cuba selesaikan segala kerumitan yang berlaku dalam kawasan masing-masing.

“Kita mahu BN terus bersemarak dan berkhidmat dari rakyat, untuk rakyat dan kerana rakyat,” ujarnya.

Dalam majlis ini juga beliau berkesempatan melancarkan imej baru yang menghiasi kenderaan BN di setiap Parlimen Wilayah Persekutuan.

“Khidmat untuk rakyat setiap masa dalam apa juga keadaan agar rakyat sentiasa terbela. Terima kasih semua dan marilah kita terus rapatkan barisan demi kesejahteraan semua,” tambahnya lagi.

15781572_1186660254703588_8112379966600795941_n

15823523_1186660431370237_8437914838114184582_n

15825891_1186660554703558_2739649005680014052_n

15826389_1186660688036878_7312382184936085385_n

15826778_1186660368036910_729879541773208054_n

15871661_1186660221370258_4575213462090527349_n

15872019_1186660471370233_7578652822312264458_n