Berita

Semarakkan Hari Wilayah Dengan Kibaran Bendera Wilayah Persekutuan

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meminta orang ramai khususnya warga tempatan untuk bersama-sama mengibarkan bendera Wilayah Persekutuan menjelangnya sambutan Hari Wilayah pada 1 Februari ini.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kempen Kibar Bendera Wilayah
Persekutuan di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Tengku Adnan berkata lebih 8,000 bendera akan diedarkan kepada premis perniagaan di sekitar ibu kota dalam menyemarakkan sambutan Hari Wilayah pada 1 Feb ini.

“Sambutan diadakan secara lebih sederhana tahun ini melalui anjuran lebih 30 program dengan pengisian yang lebih dekat dengan komuniti,” katanya.

IMG-20170115-WA0023

IMG-20170115-WA0012

IMG-20170115-WA0007