Berita

Waspada Penularan dan Penyebaran Ajaran Sesat di Putrajaya – Tengku Adnan

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meminta Majlis Perwakilan Penduduk, Rukun Tetangga, masyarakat serta anggota UMNO untuk sama-sama memantau dan membendung penularan ajaran sesat seperti ajaran Millah Abraham kerana dibimbangi boleh mempengaruhi penduduk Putrajaya yang 98 peratus daripadanya beragama Islam.

Anggota Parlimen Putrajaya itu berkata beliau “turun” sendiri ke kawasan yang disyaki menjadi tumpuan penyebaran ajaran sesat itu dan surau-surau selain dimaklumkan penduduk mengenai kegiatan tersebut.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan sebanyak RM48,000 untuk Program Tahsin Iqra dan Hafazan kepada 25 sekolah di Putrajaya di Masjid Tuanku Mizan di sini, hari ini.

Tengku Adnan berkata penularan ajaran sesat dipandang serius oleh pihaknya melalui pemantauan berterusan selain memperkasakan program keagamaan melalui ceramah dan syarahan agama oleh tokoh ternama dari luar yang diadakan setiap minggu di surau dan masjid.

IMG-20170119-WA0006

IMG-20170119-WA0009

IMG-20170119-WA0016

IMG-20170119-WA0018

IMG-20170119-WA0025