Berita

Imarahkan Masjid, Tanggungjawab Bersama Teguhkan Syiar Islam

PUTRAJAYA – Rakyat diminta untuk bersama-sama mengimarahkan masjid dengan pelbagai pengisian, kata Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Katanya, tugas pentadbir, pengerusi dan imam masjid hari ini amat mencabar.

“Tumpuan bukanlah ke arah ibadah dan solat semata-mata tetapi juga kepada keseluruhan cara hidup kita dalam Islam,” katanya.

Dalam masa yang sama beliau turut melahirkan penghargaan kepada golongan pentadbir, pengerusi dan imam di Putrajaya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penutup Multaqa yang diadakan di Masjid Putra pada 21 Januari 2017, Sabtu.

IMG-20170121-WA0013

IMG-20170121-WA0008

IMG-20170121-WA0018