Berita

Ketua Kampung Seru Eratkan Ukhwah Untuk Muafakat Rakyat

PUTRAJAYA – ‘Ketua Kampung’, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru masyarakat setempat agar memperkukuh ukhwah bagi memantapkan muafakat bersama.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya berkata, hanya dengan eratnya hubungan silaturrahim maka banyak perkara akan dapat diselesaikan dalam suasana harmoni.

“Kita dalam masyarakat ibarat sebuah keluarga besar yang saling menyokong dan memberi dorongan maka konsep kebersamaan perlu sentiasa ditekankan.”

Beliau berkata demikian selepas bersama-sama memeriahkan Majlis Sambutan Hari Lahir Jan- Dec 2017, Warga Fasa 1,2,3,4 Presint 9 Putrajaya.

Majlis yang turut disertai isteri beliau, Datin Seri Anggraini Sentiyaki ini berlangsung meriah dan santai dengan pemimpin dan rakyat akrab bersama.

IMG-20170124-WA0034

IMG-20170125-WA0001

IMG-20170125-WA0002

IMG-20170125-WA0005

IMG-20170125-WA0009

IMG-20170125-WA0011

IMG-20170125-WA0018