Gong Xi Fa Cai, Manfaatkan Perayaan Untuk Keharmonian Bersama
PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina dan berharap agar musim perayaan ini diaplikasikan sebagai manfaat untuk keharmonian rakyat.
Katanya, sebagai masyarakat majmuk yang terdiri dari rakyat pelbagai bangsa, berlainan agama dan budaya yang berbeza-beza, tentunya perayaan Tahun Baru Cina ini akan diraikan bersama.
“Inilah uniknya Malaysia yang sememangnya berpegang teguh kepada konsep kesatuan dalam kepelbagaian,” ujarnya.
Beliau juga menasihat mereka yang yang mahu bercuti dan meninggalkan tempat kediaman agar memastikan keselamatan tempat tinggal dengan berkunci dan memaklumkan kepada pihak berkuasa.
“Bagi yang memandu, sentiasalah berhati-hati dan utamakan keselamatan dengan mematuhi setiap peraturan yang ada,” tambahnya lagi.