Berita

‘Ketua Kampung’ Pastikan Perpaduan Terus Bersemarak

PUTRAJAYA – ‘Ketua Kampung’, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyemarakkan perpaduan di kalangan masyarakat setempat apabila terus mempelopori konsep turun padang dalam majlis sambutan hari lahir pengundi Putrajaya yang telah menjadi ‘trademark’ kepada penduduk setempat.

Bertempat di perkarangan Pusat Kejiranan Presint 16, Tengku Adnan telah beramah mesra dengan para penduduk yang dari Presint 14,15 dan 16 selain mengadakan sesi dialog bagi mendengar sendiri permasalahan serta cadangan dari akar umbi.

“Saya amat menghargai sokongan dan kehadiran semua selain berterima kasih kepada para penduduk Putrajaya yang sentiasa memberikan sokongan kepada kerajaan bagi memudahkan segala pelaksanaan kerja-kerja untuk kesejahteraan bersama,” katanya dalam program yang dihadiri lebih 1,000 orang penduduk.

Jelas beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, jalinan yang akrab antara penduduk dan pemimpin setempat amat penting bagi memastikan segala permasalahan dan keperluan dapat diselesaikan dengan sempurna.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyampaikan cenderahati kepada penduduk setempat yang turut disertai isterinya, Datin Seri Anggraini Sentiyaki.

IMG-20170222-WA0016

IMG-20170222-WA0020

IMG-20170222-WA0023

IMG-20170222-WA0028

IMG-20170222-WA0029

IMG-20170222-WA0030