Berita

Perkukuh Ukhwah Dengan Sambutan Hari Lahir Beramai-ramai

PUTRAJAYA – ‘Ketua Kampung’ Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terus merialisasikan janji-janji bersama rakyat dengan turun padang, berdialog bersama untuk mendengar sendiri permasalahan penduduk dan menjalinkan hubungan akrab bagi memastikan segala keperluan dan keselesaan dapat dilaksanakan sempurna.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya tidak pernah jemu untuk bersama-sama memperkukuh ukhwah dalam masyarakat melalui Sambutan Hari Lahir Beramai-ramai kepada Pengundi di Presint 14.

“Saya berharap dengan hubungan yang erat ini maka banyak perkara akan dapat disalurkan tanpa perlunya melalui proses yang panjang di samping kita akan dapat merasai suasana kekeluargaan yang lebih besar,” katanya.

Beliau yang memotong pulut kuning sebagai simbolik sambutan ulang tahun ini berharap keharmonian dalam masyarakat Putrajaya dapat terus dipertingkat.

Turut serta meraikan penduduk setempat ialah isteri beliau, Datin Seri Anggraini Sentiyaki.

IMG-20170309-WA0003

IMG-20170309-WA0006

IMG-20170309-WA0007

IMG-20170309-WA0008

IMG-20170309-WA0010

IMG-20170309-WA0011

IMG-20170309-WA0012

IMG-20170309-WA0014

IMG-20170309-WA0017

IMG-20170309-WA0019

IMG-20170309-WA0020

IMG-20170309-WA0021

IMG-20170309-WA0027