Program CSR Bersama Warga Emas Sempena Program iCHEF Malaysia 2017
PUTRAJAYA – YBhg. Datin Seri Anggraini Sentiyaki, isteri Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Pengerusi Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan dan Penaung Puspanita KWP telah bersama-sama memeriahkan Program CSR Bersama Warga Emas Sempena Program iCHEF Malaysia 2017. Program yang berlangsung meriah ini telah berlangsung pada 24 Mac 2017 (Jumaat) di Dataran Putrajaya, Presint 3.