Terima Kasih PM, Terima Kasih BN, PPA1M Lanai Putrajaya Untuk Kesejahteraan Rakyat

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merangkap Ahli Parlimen tempatan mewakili para penjawat awam mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah menyempurnakan majlis penyerahan kunci pembangunan perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Lanai di Presint 6, Putrajaya petang tadi.

Katanya, warga Putrajaya khususnya penjawat awam amat menghargai PPA1M yang disediakan bertujuan untuk menambah harta penjawat awam di samping demi kesejahteraan keluarga dan diri penjawat awam sendiri.

“Ini adalah pengiktirafan kepada jentera pentadbiran kerajaan iaitu penjawat awam yang merupakan kumpulan sasar amat penting bukan sahaja dalam mendukung dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan malah yang banyak memainkan peranan kepada pembangunan negara.”

Sebelum itu, Perdana Menteri menekankan bahawa amat wajar penjawat awam dapat menduduki kediaman yang selesa, aman dan
mengecapi penambahan nilai harta atau aset yang dapat dijadikan simpanan
mereka sepanjang usia mereka sebagai penjawat awam.

“Penyediaan rumah mampu milik merupakan agenda utama kerajaan untuk keselesaan rakyat.”

Perdana menteri berkata bagi setiap unit PPA1M yang dibina untuk para penjawat, nilai subsidi yang disediakan oleh kerajaan adalah daripada RM25,000 sehingga RM38,000 seunit bergantung kepada saiz rumah.

“Saya difahamkan projek PPA1M Lanai ini merupakan terbesar yang pernah kita laksanakan setakat ini. PPA1M Palma di Presint 11 dan PPA1M Selasih di Presint 17 juga siap dibina,” katanya.

Projek PPA1M Lanai mempunyai 1,680 unit yang terdiri daripada 536 unit dan 16 unit untuk Orang Kurang Upaya yang masing-masing berkeluasan 1,000 kps, 748 unit berkeluasan 1,200 kps dan 380 unit berkeluasan 1,500 kps.

IMG-20170327-WA0066

IMG-20170327-WA0065

IMG-20170327-WA0060

IMG-20170327-WA0067

IMG-20170327-WA0065

IMG-20170327-WA0063

IMG-20170327-WA0044

%d bloggers like this: