UMNO/BN Tunai Janji Bantu Rakyat
PUTRAJAYA – UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus menepati janji untuk membantu rakyat dan mengurangkan kos beban kegidupan seharian sebagaimana program Jom Isi Minyak anjuran Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya.
Melalui program ini, kira-kira 2,000 buah motosikal berkuasa di bawah 150cc menikmati mi¬nyak petrol percuma kepada penunggang motosikal.
Ketua Pemuda BN Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd. Raz¬lan Muhammad Rafii berkata, program tersebut bertujuan meringankan beban perbelanjaan harian penunggang motosikal yang berulang-alik ke tempat kerja.
“Ini salah satu cara untuk UMNO mendekati kumpulan yang tidak terlibat dengan mana-mana badan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahupun parti politik,” katanya ketika ditemui dalam program Jom Isi Minyak hari ini.
Di Putrajaya, program Jom Isi Minyak yang mendapat kerjasama Petronas Putrajaya dengan dirasmikan oleh Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Nordin Hasan.
Program di stesen minyak Petronas Presint 9 itu adalah kali keempat dilaksanakan sejak dilancarkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Ahli Parlimen Putrajaya pada Februari lalu.