Berita

Semoga Beroleh Umrah Yang Mabrur Untuk Pemuda Putrajaya

PUTRAJAYA – ‘Ketua Kampung’ Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah melaksanakan penyerahan beg berserta barang kelengkapan kepada peserta umrah Pergerakan Pemuda UMNO Putrajaya yang bakal melaksanakan ibadah tersebut.

Dalam pesanannya, Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya berharap agar para peserta yang berpeluang uantuk mengerjakan ibadah umrah agar dapat bersama-sama mendoakan kesejahteraan dan keberkatan dalam setiap apa yang dilakukan.

Turut bersama dalam acara ini ialah isteri beliau, Datin Seri Anggraini Sentiyaki dan juga Ketua Pemuda UMNO Putrajaya, Saudara Ahmad Faisal Abdul Karim.

IMG-20170404-WA0026

IMG-20170404-WA0027

IMG-20170404-WA0029

IMG-20170404-WA0030

IMG-20170404-WA0031