Laksanakan Tanggungjawab, Tunaikan Amanah UMNO Untuk Agama, Bangsa dan Negara
PUTRAJAYA – Gerakan di akar umbi untuk meneruskan perjuangan parti demi mengekalkan maruah dan martabat agama, bangsa dan negara terus dilaksana melalui mesyuarat UMNO cawangan yang berlangsung hinggalah ke 30 April nanti.
Selaras dengan itu, cuti hujung minggu diaplikasi bagi mengadakan mesyuarat di cawangan-cawangan Bahagian UMNO Putrajaya dengan bersama-sama membincangkan hala tuju berlandaskan kepada Perlembagaan dan peraturan serta patuh pada perundangan Akta Pertubuhan.
Antara cawangan UMNO yang telah mengadakan mesyuarat pada 8 dan 9 April ialah Cawangan Bunga Daisy, Carnition, Dahlia, Ros, Reflesia, Mawar, Kantan, Kesuma, Emas, Lawang, Lavendar, Meranti, Pakma, Santan dan Akasia.
Cawangan lain juga akan turut mengadakan mesyuarat masing-masing bergantung kepada persetuan dari anggotanya.
You must be logged in to post a comment.