Berita

Takziah Kepada SUK UMNO Putrajaya, Isteri Meninggal Dunia, Al-Fatihah

PUTRAJAYA – Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan semua Ahli Jawatankuasa bersama dengan seluruh ahli UMNO Bahagian Putrajaya mengucapkan salam takziah ke atas ahli keluarga dan sanak saudara, Setiausaha Kerja (SUK) UMNO Bahagian Putrajaya, En. Baharudin Yusuf atas kembalinya ke rahmatullah isteri beliau, Puan Wan Badriah pagi tadi.

Allahyarhamah yang mengidap penyakit kanser akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Presint 20 selepas urusan jenazah dilaksanakan di Masjid Al-Mizan, Putrajaya.
Justeru, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah ke atas Allahyarhamah dan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman – Al-Fatihah.

17553732_1461979140519062_131077410612363258_n