Marilah Berbuka Puasa Bersama-sama Dalam Program Maidatul Rahman
PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan yang lebih akrab disebut ‘ketua kampung’, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak warga tempatan untuk bersama-sama berbuka puasa dalam program Maidatul Rahman.
“Alhamdulillah… Ramadan kedua dapat dilalui dengan sempurna. Kepada pengujung Putrajaya dijemput untuk bersama-sama berbuka puasa dengan saya, isteri dan keluarga serta penduduk setempat.
“Marilah kita berkongsi kegembiraan setelah seharian kita berpuasa, sama-sama memanjat kesyukuran atas nikmat yang kita rasai serta bermuafakat dalam satu keluarga besar di sini. Semoga ibadah yang kita lakukan mendapat keberkatan Allah swt,” katanya.
Program Maidatul Rahman berlangsung mulai 1 Ramadan hingga 25 Ramadan di tingkat satu Medan Selera Presint 8.
You must be logged in to post a comment.