Program Nur Ramadan dan Ziarah Kasih Putrajaya
PUTRAJAYA – Nur Ramadan dan Ziarah Kasih Putrajaya menyalurkan pelbagai bantuan sempena bulan penuh kesucian dan berlipat ganda ganjaran pahalanya demi memastikan setiap warga tempatan mendapat perhatian.
Ahli Parlimen tempatan merangkap Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, penganjuran program tersebut sudah dijalankan saban tahun setiap kali tibanya bulan Ramadan bagi mengimarah keberkatan bulan yang amat mulia bagi seluruh umat Islam.
“Program Nur Ramadan sudah menjadi satu jenama dan disenangi oleh semua lapisan masyarakat terutama warga Putrajaya sebagai satu manfaat kepada orang ramai yang sentiasa mendapat perhatian,” katanya yang turut disertai oleh isterinya, Datin Seri Anggraini Sentiyaki.
You must be logged in to post a comment.