UMNO Putrajaya Imarahkan Ramadan Dengan Khatamul Quran
PUTRAJAYA – Bulan Ramadan terus diimarahkan dengan pelbagai ibadah sebagaimana majlis Khatamaul Quran yang berlangsung hari ini di Dewan Seri Wilayah, Kementerian Wilayah Persekutuan.
Program tersebut telah disempurnakan oleh isteri Menteri Wilayah Persekutuan, Datin Seri Anggraini Sentiyaki bersama dengan PUSPANITA KWP dan berlangsung dengan jayanya.
Semoga usaha murni bagi memastikan al-Quran hidup subur dalam jiwa dan menjadi panduan sepanjang hayat mendapat keberkatan Allah SWT.
You must be logged in to post a comment.