Maidatul Rahman Labuhkan Tirai, Terima Kasih Semua
PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan yang lebih akrab disebut ‘ketua kampung’, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berterima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan Maidatul Rahman sepanjang 25 Ramadan diadakan.
“Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran kerana program Maidatul Rahman mendapat sambutan yang sangai baik dari penduduk tempatan dan para pengunjung Putrajaya malah saya gembira kerana dalam bulan mulia ini kita dapat bersama-sama berkongsi rezeki yang ada,” katanya.
Program Maidatul Rahman berlangsung mulai 1 Ramadan hingga 25 Ramadan di tingkat satu Medan Selera Presint 8 adalah acara tradisi yang berkonsepkan berbuka puasa bersama para penduduk setempat dan pengunjung sekitar Putrajaya.
You must be logged in to post a comment.