UMNO Putrajaya Raikan Syawal Dengan Sumbangan Prihatin
PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya melalui Biro Kebajikannya yang dipengerusikan oleh Puan Husna Rahaman telah meraikan Syawala bersama AJKnya dengan menjejaki warga setempat yang uzur dan perlukan perhatian.
Beliau yang mewakili Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor telah berkunjung ke hospital Putrajaya bagi menziarahi pesakit selain turun ke rumah-rumah di Presint 8 dan Presint 9 bagi menyampaikan sumbangan.
Semoga sumbangan yang dihulur dapat meringankan beban dan kunjungan yang dibuat akan dapat menzahirkan sokongan moral kepada mereka yang dilanda kerumitan.
You must be logged in to post a comment.