Warga Putrajaya Jayakan Larian Obor Sukan SEA 2017
PUTRAJAYA – Larian Obor Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang berlangsung di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan hari ini terus membangkitkan semangat kesukanan dalam kalangan warganya.
Malah penyertaan orang ramai tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang dalam larian obor itu mencerminkan sokongan tidak berbelah bahagi rakyat Malaysia terhadap temasya sukan dwitahunan berkenaan.
Larian Obor KL2017 peringkat Putrajaya sejauh 7.7 km itu diteruskan melalui bangunan-bangunan ikonik negara antaranya Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Masjid Putra, Dataran Putra dan Bangunan Perdana Putra.
You must be logged in to post a comment.