Berita

Semai Jiwa Merdeka Menjelang Hari Kebangsaan

PUTRAJAYA – Kemerdekaan negara yang dicapai 60 tahun lalu diraikan dengan semangat perjuangan demi kedaulatan dan kesejahteraan berpanjangan negara ini. Selaras dengan itu, UMNO Cawangan Bunga Matahari telah mengadakan jamuan makan malam bersempena dengan sambutan kemerdekaan 2017.

Program yang diadakan di Pusat Komuniti Suria ini telah dimeriahkan dengan kehadiran para penduduk setempat khususnya ahli-ahli UMNO Cawangan Bunga Matahari.

Ucapan pembukaan telah dilaksanakan oleh ‘ketua kampung’ Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya.

Beliau yang juga Ketua Cawangan UMNO Bunga Matahari berharap agar semua pihak memainkan peranan untuk bersama-sama menjaga perpaduan demi kemerdekaan negara yang berpanjangan.

20993040_208920886309831_7140336749036038583_n

21032552_1488018414578077_1461200304509752310_n

21032610_208920989643154_4642540491556008508_n

21056181_1488018114578107_1107372690861102598_o