Berita

Salam Aidiladha, Bersama Hayati Pengorbanan Dan Kekalkan Perpaduan

Assalamualakum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam 1Malaysia

Selamat Hari Raya Aidiladha. Marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran dan meraikan kedatangan Hari Raya Korban ini.

Inilah masa untuk kita menghayati erti pengorbanan yang sebenar dengan menerapkannya dalam kehidupan kita sehari-hari.

Sesungguhnya tiada nikmat yang lebih besar daripada nilai keamanan dan kesejahteraan yang kita kecapi dalam negara ini lantas kita dapat hidup rukun dengan dapat melaksanakan tugasan kita seharian.

Sehubungan itu, saya menyeru anda semua untuk meneruskan muafakat dan berganding bahu bersatu padu agar apa yang kita rasai hari ini akan dapat terus dinikmati oleh anak cucu kita. Perpaduan dan keamanan ini mesti kita pertahankan.

Salam Aidiladha.

TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR
Menteri Wilayah Persekutuan/ Ahli Parlimen/ Ketua UMNO Bahagian Putrajaya